Wednesday, August 17

Wordless wednesday #5

Wordless wednesday #5 by MRS. HONEY
Wordless wednesday #5, a photo by MRS. HONEY on Flickr.

Monday, August 15

Catatan terindah 2

Sambungan......

Dalam menunggu ketibaan mr. Hubby otw dr btu (bintulu), aku smpat lagi mandi... Sarapan.. Sapu bilik tidur.. Sapu ruang tamu.....

Dlm masa yg sama mak pn smpai dari pasar tamu..."eik! Asal tak g hospital lagi??" mak bising... "kak long kt, kite x sakit lagi..... Nanti bosan duduk wad lelama...."

Tapi mmg betol, mmg tak sakit langsung. Aku kuar masuk toilet nk periksa ada darah lagi tak... Ada air pecah tak.. Tp mmg takde! Sesal pulak panggil mr. Hubby balik.......

11.25 pagi
MR. Hubby smpai. Air muka dah cuak.. Mommy to be masih eksyen kool. Siap tanya "by, nak g hospital ker??". Dahtu siap bebalas twitter with my besties... Kokiz n farhana... Hehe

Then hubby kata pergi skang.. Kalo dh tgahri jam.. Lambat sampai hospital. Nak dijadikan al-kisah... Cakap kat hubby "lapar lagilah... Singgah makan tengahri leh?" hubby on kan jer.. Mak pulak geleng sudah.... Aku order laksa sarawak spesel! Favorite tuu....

1.00 pm
Debar. Cuak. Teruja

Sampai di Miri City Medical Centre. Naik tingkat 2. "nurse, saya nak beranak" hahaha nurse blur (mungkin muka aku tak de simptom nak beranak terus). Nurse jawab "nak masuk wad ke? Register tingkat 3. Kat sini bayar bil je. Nanti saya call diorang di atas suruh standby"

Naik tingkat 3. Soklan dan situasi yang sama. Nasib baik nurse semua frenly... Yg tak leh lupa.. Diorang bagi list bilik pilihan untuk checkin, mcm masuk hotel pulok dh. Urusan remeh serahkan bulat2 kt mr. hubby... Aku nak beranak je!

Bilik 201.
Nurse masuk. 2 org. "maaf puan, kami nak check bukaan" aku cuak! Terbayang dah info yg aku baca kat blog pasal nurse akan seluk menyeluk kalo nak bersalin. Nasib baik mak n mr. h ada sama.. Aku buat muka kompiden tak sakit... Hehe

"puan, dah buka 6cm! Pn kuar darah pukul berapa?" "pagi td jam 4". "ha! Pagi tadi? Tp jam1 baru g hospital". Aku senyum.......kendian nurse keluar.

Nurse dtg balik bawak segala mcm menda ntah.. Yg guna utk cek jantung baby n satu alat panjang.
"kami terpaksa pecahkan air ketuban. Takut baby dah berak di dalam. Kalo air jernih, boleh tunggu kontraksi, kalo hijau.. Puan kena bersalin segera." nurse seluk lagi...alamak! "puan, td kami cek mmg bukaan 6cm.. Sekarang dh jadi 2 cm balik" aku sgt takut! "kami call doktor dulu."

Doktor naik. Dr. Lee, my gynea yg cek tiap mimggu.."hi sue, hi wan...baby nak kuar suda oooo" buat lawak aku tak suka..;p then dr. Lee seluk .. Sabar je lah.... "wei, apa ini... Sudah buka 6cm...." gertak dr.lee kt nurse2 tadi..... Tp mungkin baby amani main sorong tarik... Hehe kendian........

Sakit pertama yang aku rasa. Dr. Lee masukkan 4 jari untuk mencari air ketuban dan kemudian dia masukkan satu alat yang panjang pastu dia cucuk-cucuk air ketuban sampai pecah........ Alhamdulillah..... Jernih.......


Apa nak jadi lepasni, aku redha.......... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, August 12

16 hari bunga semakin berkembang

16 hari menjengah dunia

Sharifah Ameera Amani

Sy dh jadi Mommy! Gelaran yang dh dianugerahkan Allah 16 hari yang lalu. Sekejapnya masa. Macam just in a blink of eyes. Blink, Amani dh 16 hari usianya.
Genap 15 hari semalam 11 Ogos 2011 pusat Amani baru tanggal.


Nanti Amani akan sebulan... Setahun ... Dan sterusnya meneruskan kehidupan di bumi Allah...... Moga Mommy n Daddy akan dapat mendidik dan memelihara Amani sebaiknnya.

Amanilah pengarang jantung sy skarang. Sumpah! Masih tak percaya sy dh melahirkan satu nyawa berharga pada usia ini. Tak percaya saya melakukannya. Allah terlalu Pemurah kepada sy. Terima kasih Allah.
Skang Amani kuat menyusu. Dan moga Allah terus mengurniakan rezeki buat Amani semeriahnya. Amani ada double dimple on her right n single dimple on her left. Sangat comel bila marah... 

Dia tidur banyak sepanjang siang. Malam-malam dia susah nak tidur. Sebab malam-malam, mata dia membulat ajak Mommy dengan Daddy main. Prrrrft. Dan lagi parah bila mommy kena jaga alone..... Parah hingga menitiskan air mata.

Masa dua tiga hari lepas lahir, Amani kena jaundice sikit. Nasib baik tak teruk. Kuning sampai ke dalam mata. Tapi Alhamdulillah. Dah recover.. Tp bisa juga menitikkan air mata ini. Takut dan risau tak keruan.

Skang Masih excited membelek anak lagi. Ada masa sy kongsikan lagi........



We’ll learn. It just a matter of time. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, August 8

Catatan terindah 1


26 Julai 2011

Risau. Takut. Berdebar.
Due date nak bersalin tinggal 2 hari lagi... Mr hubby dh balik bintulu kerja macam biasa... Kejap-kejap msg tanya dah ada tanda tak... Ada darah tak, sakit perut tak..... Dan dengan manjanya aku menjawab "belom gik by, ilek arrr..." (tp dalam hati nak menangis sebab takut mr.hubby tak sempat temankan aku bersalin).

8.00 malam
Bosan. Kosong. Mengada
Malam ni tetiba rasa nak amik gambar perut bebanyak. Di samping tu sibuk nak tunjuk kat my lalinks farhana n azriena yg aku pakai baju iBandung. Lepas tu awal plak masuk tidoq.. Lepas cakap- cakap ngan lil caliph dlm pewut..."baby ameera tok bila nak kuar?? Mummy bosan duduk umah takdaq keja"..... 

27 Julai 2011

4.00 pagi
Sejak masuk trimester terakhir ni, jadi satu kewajipan untuk bangun g toilet time macam ni. Kalo di Bintulu, Mr.hubby mangsa dikejutkan ke toilet... Aku pun tak paham.. Apalah yang ditakutkan sangat nak ke toilet... Dhtu skang kt umah mak.. Kompom aku intai2 dengar ada tak sesapa turun ke dapur. Pagi ni mcm takde, so sekali lagi aku masuk toilet berbekalkan iphone ditelinga bertemankan suara mr.hubby...

Al-kisah, ada macam tanda nak bersalin. Ada tompok darah mcm memula aku tahu period aritu. Disebabkan terlampau banyak sangat info berkenaan mengandung dah terbaca, aku wat derk je. Sebab banyak info kata kalo kuar darah jer.. Lambat lagi nak bersalinnya. Dan mcm biasa mr.hubby tanya lepas kuar dar toilet...."dAh ada tanda X?"... N mcm biasa aku kata... "belommmmmmmmmmmm"

7.30 pagi
Sekali lagi masuk toilet.. Tanda tompok darah masih keluar. Rasa cuak. Tapi eksen cool... Tak cakap kat sesapa. Diam jer... Sebab confident nak tunggu air ketuban pecah!! Hahaha

8.00 pagi
Tetiba sibuk tanya kakak aku, " eh, kalo kuar darah, itu nak bersalin kerrr"... N kakak aku tu dengan yakin nya..."yelah!! Cepat g hospital... Nanti sapa nak sambut kat umah...." dah sudah.... Aku gabra plak dalam kooool.... Hehe telefon kakak yang sulung mintak anta ke hospital.... Sms mr.hubby mintak balik ke miri segera....

Perasaan masa tu masih blur. Dah nak beranak dah aku??? Mcm tak percaya... Sebab aku selalu tengok dalm drama org nak beranak ni sengsara gilos petandanya.


9.30 pagi
Teruja. Lapar. Berdebar
Kak long call "akak g breakfast dulu ek. Belom lagi ko nak bersalin. Aku rasa dalam jam 4 petang kot.. Lagipun ko tak de rasa sakit kan?? Laki ko dah call panggil balik? Kalo ko rasa sakit gilosss, call tau... Nanti aku dtg anta g hospital".

Haish! Kak long aku mengalahkan doktor. Tp apa dia cakap mcm mengena je. Mmg langsung tak rasa nak bersalin. Aku pergi cek lagi. Darah takde lagi dah. Aku cuak! Rasa bersalah plak panggil hubby balik sebelum masanya..... Huhu




BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Confinement#1: eBM ameera

Confinement#1: eBM ameera by MRS. HONEY
Confinement#1: eBM ameera, a photo by MRS. HONEY on Flickr.


Via Flickr:
Wah! Entry pertama selepas 12 hari melahirkan lil caliph known as Sharifah Ameera Amani .. N will be called Amani.. nak share satu je... Excited nak kongsi susu perahan pagi ni cecah 4 oz! Sangat bangga ok... Sebelum ni perah nak dapat 1 oz pun parah... Alhamdulillah..;)tetiba cerita pasal ebm@ susu perahan... Kisah bersalin, pantang belom ada idea menarik lagi... Blog ni jd satu jurnal yang mcm syok sendiri.. Tp inilah rencah kehidupan...
Dari zaman mula belajar blogging, degree, tunang bla bla n blaaaaa