Thursday, December 30

buku merah @ buku rekod kesihatan ibu

Panduan berguna untuk sesapa yang pertama kali "pregnant"...wah baiknya aku nak sediakan panduan pulak. ni based on my experience la. lebih2 lagi sesapa yang duduk di sarawak (seluruh Malaysia pun guna buku yg sama)...untuk PENDAFTARAN KEHAMILAN. .Sila baca dari awal hingga akhir... :

1. saat anda merasakan anda hamil, sila terus ke poliklinik berdekatan atau klinik kesihatan kerajaan. Mungkin ada yang berpendapat tidak perlu, yes! mmg tak perlu kalau anda memang senantiasa berpoket penuh atau tinggal di kawasan yang hospital swasta nya adalah serba lengkap dengan bekalan darah, pakar dan sebagainya. seawal tadi telah dimaklumkan, ini untuk panduan sesiapa di SARAWAK.

Untuk pengetahuan, di poliklinik atau klinik kesihatan, tidak kesemua hari adalah hari ibu. maksudnya disini, anda hendaklah memastikan hari anda pergi mendaftar merupakan hari ibu. kalau tidak, sia-sialah sahaja kedatangan atau cuti anda pada hari kejadian. berkenaan. sila la bertanya kepada kengkawan atau berhubung terus dengan pihak terbabit.

til this date 28/04/2015- tak buat dah buku merah untuk anak ke-3 ni.. sebab hospital colombia asia bintulu terus preparekan untuk mummy...

n nowadays dengar2 semua hari dah boleh daftar untuk kehamilan.....

2. sesiapa pun maklum bahawa poliklinik adalah tumpuan ramai, untuk mengelakkan merasa sangat bosan menunggu, sila la tiba di tempat mendaftar lebih awal. kalau boleh  tunggu la sebelum pintu gate dibuka....(acah je). penantian mmg satu penyiksaan. ok. buat yang berada di Bintulu, seandainya anda pergi mendaftar di poliklinik Bintulu, anda tidak perlu mengambil nombor giliran. terus lah ke klinik pemeriksaan Ibu mengandung dan tinggalkan Kad pengenalan anda di kaunter pendaftaran. dan tunggu sehingga nama anda dipanggil.

3. jangan lupa membawa sijil nikah anda kerana ianya diperlukan untuk membuktikan anda mengandungkan anak yang sah dan bukan luar nikah. selain itu, adalah disarankan untuk membawa sample air kencing anda dari umah. kerana mungkin bekas yang disediakan pihak hospital kotor dan tidak memenuhi tahap kebersihan anda, dan mungkin juga anda tidak mahu bergelut degan orang ramai menggunakan tandas awam yang sedia ada.

4. selepas pendaftaran, anda akan menunggu lebih kurang sejam ke 2 jam (seandainya anda lambat datang...macam saya..;p) sehinggalah nama dipanggil. anda akan ditimbang, diambil tinggi, ujian air kencing dijalankan dan kemudian menuggu untuk masuk ke bilik pemeriksaan.

5. dalam bilik pemeriksaan, anda dikehendaki untuk berbaring dan dibuat pemeriksaan buah dada. jadi, seeloknya anda berpakaian lah dengan sekasual mungkin. dan juga pemeriksaan rahim. darah akan diambil dalam 5ml untuk diuji di makmal. selain itu, permiksaan HIV juga dilakukan.selain itu, jururawat juga akan check masalah tiroid (tekak) jika ada. mungkin ada dikalngan ibu mengandung mengalami masalah bengkak dalam tekak.  kadar tekanan darah anda akan diperiksa dan beberapa tips dan panduan berguna  diterangkan oleh jururawat.

6. bagi yang mendaftar lewat kehamilan mereka, mungkin berpeluang untuk terus discan kandungan. namun bersedialah untuk dimarahi kerana lewat membuat pendaftaran. seelokknya seawal mungkin anda merasakan hamil dan jangan menunggu hingga 12 minggu.

7. seandainya tiada masalah, selesai la sudah, dan anda akan dapat buku merah @ buku rekod kesihatan ibu. dan anda akan diberi pilihan untuk membuat pemeriksaan bulanan di poliklinik atau di luar (klinik swasta la ni...). dan semua yang termaklum di atas kos nya ialah : PERCUMA!

macam ni la rupa buku rekod kesihatan tu. saya tak sempat nak upload saya punya. gambar ni saya cilok dari sini : http://yeopaja.blogspot.com/2010/08/buku-pink-rekod-kesihatan-ibu.html
KEPENTINGAN NYA????

1. Seandainya berlaku komplikasi kritikal, hospital swasta tidak dapat membuat sebarang penyelesaian,anda akan dirujuk semula ke hospital kerajaan. dan buku ini sangat penting untuk rujukan mereka. kalau tidak........anda akan dilayan dengan ...tak payah cakap!
2. semua maklumat berkenaan diri anda adalah termaktub dalam buku rekod ini. dan ianya benar2 membantu pihak kesihatan melakukan tugas mereka......


Sekian. Terima Kasih.... ^_^

Friday, December 24

saat itu.....

  • Saat itu buat pertama kalinya merasa sangat-sangat  terharu mengenangkan bagaimana siksanya emakku dulu mengandungkan aku
  • saat itu aku merasa akan siksanya kalifah kecil ini membesar di dalam diri ini, titisan airmata dengan mudahnya tumpah mengenangkan bagaimana cekalnya emak dulu mengandungkan kami 10 orang semuanya........
  • saat itu diri ini merasakan besarnya dugaan Tuhan buat seorang ibu sebelum melahirkan, sekali lagi aku terkenangkan emak yang sentiasa memikirkan yang terbaik untuk anakknya... dan semua itu mungkin tak akan menjadi lebih terasa andainya tidak merasakannya sendiri
  • saat itu aku rebah pasrah tidak dan lemah tidak dapat berbuat apa-apa, terkenang bapaku yang semestinya sentiasa memahami isterinya terlalu memerlukan bantuan...... dan terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan insan terbaik buatku yang sentiasa membantu
  • saat itu aku menyaksikan mudahnya seorang wanita itu menanggung segala dugaan ketika kalifah ini membesar, sebenarnya dalam hati mereka tiada siapa pun tahu...... dan aku mula sangat memahami
  • semoga aku akan terus dikurniakan dengan kesihatan yang terbaik, little caliph juga akan menjengah dunia dengan sihat dan sebaik-baik ciptaan Tuhan.........Amin Ya Rabb

khabarnya ...

khabarnya ...

lama sungguh dah blog ni tak berkarang... seban hari rasa malas nak menulis semakin menjadi-jadi... ada berita hendak  ku kongsikan di sini.. sangat menggembirakan kami.. seakan doa kami termakbul dengan cepatnya...

inside of me.. there's a little caliph yang sedang fighting utk memakmurkan bumi Allah... Mohon perlindungan dan rahmat mu Ya Allah atas setiap perjalanannya.....

macam mana leh syak da someone??? hehehe bermula bila my hubby asyik nak makan benda masam... time tu takde la pelik sangat.. tp semakin pelik bila dia kata nak makan mangga asam.. yang aku mmg tak pernah terliur langsung nak makan... lepas tu.. mengidam plak nak makan kedondong. pegi mana-mana tamu mesti dia carik buah tu.. siap dia makan sebiji semalam takut stok habis... cian my big baby... hehehehe...

pastu... aku plak hari-hari balik kerja pening kepala... seakan bermasalah besar di pejabat... sedangkan tiada apa yang merunsingkan jiwa.. chewah.. dah pandai dah aku bermadah pujangga ek... hehehe kendian... saat kedatangan bendera merah... hanya seketika sahaja... pelik rasa di hati... simptom-simptom wanita untuk kehamilan awal langsung aku tak rasa selain dari pening kepala,,,, mr hubby tiba-tiba mengeluarkan isi hati terbuku di jiwa... "entah-entah ada baby nak??? kmk rasa macam besar jak perut kitak.." aku ketawakan sahaja... lately mmg berat badan aku naik... jadi tak kan menyangka langsung untuk ada kalifah kecil dalam diri....  mula nya hanyalah membiarkan sahaja hari berlalu... sehinggalah bila malam aku dah tak leh tidur.. asyik kepanasan memanjang....

bertanya di kaunter Google.. petanda orang hamil... ada kaunter yang menjawab... salah satu simptom ialah tak leh tidur malam dan badan mengalami kepanasan melampau... dan aku sebulat hati menerima pendapat itu... hehehe so kami decide untuk ke Guardian cari PUT.... DUG DAG...DUG DAG.......

30 November 2010, Jam 6.19 pagi... di Lot 3754.... hehehe saspen... pregnancy test menunjukkan double line... lidah kelu tak terkata....lagi 5 hari anniversary perkahwinan kami... Tuhan dah menghadiahkan pemberiannya in advance, sangat bersyukur sekali....  kedua kami kelu tidak berkata.. namun dalam hati berbunga ceria......

ceritanya belum tamat lagi... masih ada lagi yang akan aku usaikan di sini.. ada yang melucukan kami dan mungkin tidak bagi yang membaca.. tunggu lah bila ada masa nya nanti....

Ya Allah jagalah anakku selama ada di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan, tiada obat kecuali obatMu yang tidak akan membawa penyakit Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat Ya Allah jadikanlah dia orang yang sehat, sempurna, punya akal, cerdas, alim mau mengamalkan ilmunya. Ya Allah berilah dia umur panjang, badan sehat dan budi pekerti yang baik, dan berilah lisan yang fasih serta berilah suara yang baik guna untuk membaca hadist dan Al qur'an dengan mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam...