Saturday, May 28

shop atas talian.....

*sejak dua menjak dah pandai beli -membelah secara atas talian ni..... agak teruk jugak la sindrom untuk bersopping online.... paling latest carik barang baby.. ;) and yang agak murah dan best untuk sopping ialah web kat bawah ni......:
 <a href="http://www.LittleWhiz.com/default.cfm?RID=21232&TID=3"><img src="http://www.LittleWhiz.com/images/affiliate3.gif" border="0"></a>

*untuk barang yang murah n sangat berpatutan.kat sini .ladiesfash.   maxi dress ke.... tops ke.... yoga trousers, kat sini mmg syiok.. dia punya service sangat cepat dan tangkas.... dari segi kualiti kain... mmg sangat bersesuaian la dengan harga yang kate dah tawarkan ..... ;)

* k.. untuk hadiah yang bergambar..atau printed peribadi seperti yang kita nak.....saya suka beli je kat sini... buat hadiah birthday... hadiah perkahwinan ke..... apa-apalah jenis hadiah yang kita nak..... mmg cepat n sangat berkualiti produk dia....


ni hadiah buat mr.HUbby on our 1st anniversary.....
*dahtu... time nak buat cenderamata untuk tetamu datang majlis perkahwinan...ktrang tempah buat iconic-g N MINI  kugee gift kat sini...... yang ni kena tempah awal la dari majlis kita....kang tak smpai tepat masanya... menangis plak kang.....
  
ni iconic G..yang mini kugee gift tak de simpan soft copy arrrr......
*cenderamata dah beli online... off course la kad jemputan pun tempah online jugak..t yang sadisnya..kad jemputan pertama yang ktrang tempah dia tak leh buat..kebetulan kedai tu kat kelantan.. nkelantan time tu banjir.... huhu so ktrang kena buat tempahan kad baru.. n dia siap 2 mingu sebelum majlis... n mak penanten perempuan dah bising.. (mak Mrs Honey la... ;p) kad plak tempah kat sini...

kad jmputan sebelah perempuan..pink kareerrr...

baju grey tu ...;p
*apa lagi ekk pernah beli online... nak listed down banyak dah... k last.. baju kurung dah siap.. latest yang harganya n service nya sy berpuas hati ialah... ini


*pernah tak dapat online shop yang barang dia teruk n tak puas ati???? pernah la! dan sgt menyampah... tp takpelah..biarlah rahsia... kang dikatakan nak menutup rezeki org lak... bye!

Thursday, May 26

bahaya-air-masak-pada-bayi-bawah-6-bulan

Assalamualaikum…
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.


Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

p/s: sebab lil caliph tak kuar lagi... so ada masa nak mencari info sebanyak mungkin... tak salah..sharing is caring.. ;)

Wednesday, May 25

suka-suka #2

  •  saya sangat-sangatla gila termenung dan berfikir benda yang tak sepatutnya nak difikirkan. apa lah akan jadi dalam hidup saya untuk tempoh sepuluh tahun akan datang. waktu darjah 6, saya dah terfikir nanti saya nak kerja kat mana....sapalah bakal laki saya dan apalah jadi dengan saya. n paling tak boleh blah... saya nak kawen dengan lelaki yang ada keturunan kembar..ala macam aidil zaquan n zafuan adha (betol ke nama ni??) hehehe skang umur dah 27 tahun.... antara 12 tahun dan 27 tahun, 15 tahun dah berlalu..... pelbagai sejarah dah terukir, peristiwa manis dan pahit....cerita, pekung dan musibah... hanya Yang Maha Esa yang tahu
  • teringat lagi waktu umur 10 tahun, darjah 5...saya bercita-cita nak jadi professor ...wow! tp dalam hati... aku tak tahu pa menda la professor tu.... cakap je nak jadi professor..... hehehe dahtu masuk tingkatan 4..cita-cita pun bertukar..nak jadi ahli korporat... sedangkan perangai ntah apa-apa macam keparat..oppps...ayat tak leh blah...;p  sepanjang alam persekolahan...tak pernah jadi pengawas.... merangkap pengganas ada la kot... tu pun sikit jerrrr... hahahaha tAPi saya tahu... saya budak pandai (tak salah kan mengau diri pandai???) 
  • hakikat yang hendaklah diterima....kecermelangan, kepandaian dan kebaikan individu bukanlah hasil genetik..... mungkin kah agak keterlaluan dikatakan bukan takdir??? apa yang penting kemahuan dan pilihan sendiri... hak peribadi....  dan semakin dewasa ini telah mengajar saya erti semua itu..... nawaitu memainkan peranan sepenuhnya.....

Tuhan pernah mengahadapkan saya dua jalan. 
Persoalannya, adakah jalan yang saya pilih, merupakan satu takdir. atau, takdir saya bermula dari jalan yang telah saya pilih?
  •  Kalau lah saya boleh berpatah balik kembali pada umur 18 tahun dan memulakan 19 tahun dengan lebih berhati-hati..... tp.......There is No Eraser in Real Life