PENGAKUAN/ Disclaimer:
post ini adalah tulisan hasil pengalaman peribadi saya pada tahun 2012. dan saya BUKAN staff KWSP.
jika ada yg sebarang perubahan peraturan baru di KWSP, mohon rujuk website mereka secara terus... atau direct ke kaunter pertanyaan KWSP. staf mereka sangat membantu dan selalu yang terbaik...
edited post: preivious post adalah info lama. jadi bermurah hatilah nak update infor terbaru. yang mana tak sepayah yang lama...
kesimpulannya seperti dibawah:
INFO 1
Pencarum akan dapat 45% untuk caruman selepas bekerja dengan kerajaan. 55% kerajaan akan ambil... Caruman semasa kerja dengan swasta, kita akan dapat 100%...
maksudnya, dari jumlah keseluruhan (akaun 1 dan akaun 2), kalo kita baru kerja bersama gomen 3 tahun, kita hanya dapat 45% sahaja dari nilai, dan selebihnya gomen tarik.yang gomen tarik itu adalah, SEMUA SYER MAJIKAN YE. DIULANGI, SEMUA SYER MAJIKAN.... HEHEH.
kalo sebelum masuk gomen itu anda dah kerja swasta, n dah potong kwsp, duit itu 100% ANDA PUNYA
INFO2
1. Melengkapkan borang .
- Borang Permohonan KWSP 9J (AHL) (borang web) (lepas masukkan semua butiran sila print)
- Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan (yang ni mintak ketua jabatan untuk buat pengesahan)
Lampiran yang diperlukan seperti berikut:
1. salinan Kad Pengenalan (TAK PERLU KALAU TERUS KE KAUNTER)
2. salinan Tawaran ke Jawatan Tetap (SURAT MEMULA DAPAT KERJA DULU)
3. salinan Pengesahan Jawatan dan
4. salinan Skim Taraf Berpencen.(Surat daripada JPA)
5. Buku Bank atau Penyata Bank.
(panel yang dilantik oleh KWSP(TERKINI) (boleh semak di laman web kwsp)
dah cukup semua diatas... boleh la ke kaunter kwsp berdekatan anda
info 3
Bagi
yang musykil pasal pembahagian duit dalam akaun 1 dan akaun 2 tu sebab, dalam akaun 1 lagi banyak dari akaun 2,
orang KWSP (masa saya buat permohonan ini tahun 2012) kata
pembahagiannya begini:
Akaun 1: 70% daripada jumlah keseluruhan terkumpul
Akaun 2 : 30 % daripada jumlah keseluruhan terkumpul
UNTUK PENGALAMAN SAYA: saya dapat semua duit caruman selama saya kerja kompeni swasta dan duit kerja sebagai sambilan gomen. lepas tu, yg duit kerja gomen yang bertaraf tetap, caruman majikan semua tak dapat.. masuk tabung pencen kot...
Info 4
kaedah pembayaran:
1. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda tetapi dengan syarat:
(i) Akaun bank anda masih aktif.
(ii) Akaun bank anda dibuka
dengan panel bank KWSP yang dilantik.
(iii) Akaun bank anda jenis
Simpanan/Semasa (akaun persendirian).
2. Kalau anda takut terbagi salah no akaun, boleh je mintak pihak kwsp buat cek atas nama anda ya
Info 5
proses/ bila duit keluar?
kalau ikut kwsp diorang akan cakap dalam masa 21 hari bekerja. percayalah.. kalau anda tak pernah buat sebarang pengeluaran,PROSES PENGIRAAN MUNGKIN LAGI cepat. kalau pernah amik untuk beli umah, lambat sedikit sebab amik masa nak buat kiraan yang tepat...
pengalaman peribadi: 14 hari bekerja. akan dapat sms dari kwsp berkenaan kemasukan duit tersebut. saya mendapati, duit masuk awal sehari daripada sms tu datang ye...
(ii) Akaun bank anda dibuka
dengan panel bank KWSP yang dilantik.
(iii) Akaun bank anda jenis
Simpanan/Semasa (akaun persendirian).
2. Kalau anda takut terbagi salah no akaun, boleh je mintak pihak kwsp buat cek atas nama anda ya
Info 5
proses/ bila duit keluar?
kalau ikut kwsp diorang akan cakap dalam masa 21 hari bekerja. percayalah.. kalau anda tak pernah buat sebarang pengeluaran,PROSES PENGIRAAN MUNGKIN LAGI cepat. kalau pernah amik untuk beli umah, lambat sedikit sebab amik masa nak buat kiraan yang tepat...
pengalaman peribadi: 14 hari bekerja. akan dapat sms dari kwsp berkenaan kemasukan duit tersebut. saya mendapati, duit masuk awal sehari daripada sms tu datang ye...
sekian pengalaman saya mengenai duit kwsp yang dah ditutup selamanya... tunggu nak pencen je dah ni
sekian
sekian