Jangan riak dan takbur dengan bahagia yang kita ada sekarang. Jangan nak dok pungpangpungpang kat Twitter & Facebook tentang betapa bahagianya kita dengan pasangan kita. Bersyukur dan berdoalah hari-hari yang kau masih bahagia setakat ini. Dan minta juga, bahagia itu kekal sampai mati.
In the future, kita tak tau apa yang akan jadi. Memanglah semua orang nak bahagia sampai bila-bila. Tapi mana kita nak tau esok tulat nak jadi apa kan? Dan jangan sesekali nak komen hal rumahtangga orang lain. Kau tak rasa, kau diam. Nanti kau dah rasa, baru kau faham.
Manusia berubah.
Kena ingat tu.
Mungkin dari baik jadi sampah.
Mungkin juga dari sampah jadi ustaz ustazah.
No comments:
Post a Comment
thanks for ur time dear..