Thursday, September 30

photoshop, kreativiti, teknologi

pernah gunakan photoshop tak? i mean adobe photoshop tak kira la Version cs1 ke, 2 ke, 5 ke... asal photoshop. first time aku masuk kelas design, aku diperkenalkan dengan adobe photoshop. dan aku masih ingat hingga kini, masuk kelas tu, belajar bulat2 dengan manual atau hasil usaha sendiri. search la dimana2... pensyarah aku tugas dia bagi markah je kasi kitrang lulus... oppps... sensitif ok isu ni.. terima kasih la puan mendidik saya menjadi sebegini sekarang..... ;)

terjumpa satu web yang sangat-sangat menarik bagi aku yang mmg gilakan apa2 yang sebegini lagi2 berkaitan dengan graphic dan kreativiti walaupun aku ni taklah kreatif sangat... kalau nak tengok lebih lagi click je sini. antara gambar yang menarik perhatian aku:

hehehe..kentucky Fried Chick!



opps!

comey kan.. hehehe


haha..try la buat pemimpin negara kita gini, sah2 ko kena buang negara ;p

angel the pirates


kalo gantung kat ruang tamu mmg cantik. klasik!

Friday, September 24

Tempat Baru

wah!!! dah pertengahan bulan syawal dah.. tak terasa Syawal plak nk meninggalkan kita... sungguh-sungguh aku tak terasa dengan pemergian ramadhan... sangat cepat berlalu.. dan ramadhan kali ini memberikan kenangan terindah buat aku dan mr. hubby..

biarpun berpuasa dan berbuka dengan Mr. HUbby dekat2 nak raya... namun kemanisannya tetap terasa... ramadhan pertama kami sebagai suami isteri.. dan seronok sekali rasanya dapat tinggal sebumbung dan memenuhi tanggungjawab seadanya....

kali ini masuk kali ke 3 aku bertukar tempat kerja.... semoga yang ini adalah persinggahan terakhir alam pekerjaan buatku hingga pencen... insyaallah... moga Allah mempermudahkan pintu tezeki buat diriku ini.....

Tuesday, September 7

Rezeki Ramadhan

1 Ramadhan 2010, merupakan tarikh permulaan umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan bulan ibadah. selain itu semua umat Islam mula berpuasa, dan pada tarikh ini juga, aku dapat offer letter untuk kembali berhidmat ke bumi kenyalang...alhamdulillah..... menambahkan lagi kesyahduan, aku akan berkhidmat satu bandar dengan Mr. Hubby... of course la seronok gilozzz..... dan bermula lah episod kami menjadi pasagan suami isteri 2 sejoli kembali.... hehehehe

kronologi kerjaya aku agak menarik juga....  job pertama, mula bertugas 1 Julai 2010. aku berkhidmat selama 7 bulan... Di Lawas , Sarawak. satu daerah yang mungkin tak akan pernah aku jejaki jika tidak menerima tawaran ini..... dan ia mengajar ku erti bermasyarakat ........

Selepas 7 bulan merantau, aku mendapat perkabaran gembira... bakal diserap ke jawatan tetap sektor awam. sebelum ini aku mmg benar2 tida kberminat utk berkhidmat dengan kerajaan... mungkin Tuhan nak menunjukkan apa yang ada dalam sektor ini yg boleh menyebabkan aku tidak berminat.... hehehe paham sik ayat tok? sik paham sikpa. tawaran diterima seminggu selepas mendirikan rumahtangga... mmg rezki kawen... namun sedihnya... aku di hantar berkhidmat di pusat pentadbiran negara.... iaitu di Putrajaya....... sekali lagi.. aku terpaksa merantau.. meninggalkan yang Tersayang ....;( tanggal 2 februari ku mula memijakkan kaki ke Jabatan Peguam Negara dan berkhidmat untuk negara di sini......

Dan 7 bulan kemudian... hidup aku nimmg tak lari dari angka 7... my faveret number.... hehehe aku dapat tawaran yang benar-benar mengejutkan.... ingatkan dah takde peluang... Tuhan menentukan... alhamdlillah.... aku bersyukur teramat sangat.....

semoga hari mendatang akan lebih membahagiakan