nuffy ads

surie wan
salam n halo...

edited post: preivious post adalah info lama. jadi bermurah hatilah nak update infor terbaru. yang mana tak sepayah yang lama...




kesimpulannya seperti dibawah:

 INFO 1
 Pencarum akan dapat 45% untuk caruman selepas bekerja dengan kerajaan. 55% kerajaan akan ambil... Caruman semasa kerja dengan swasta, kita akan dapat 100%...


maksudnya, dari jumlah keseluruhan (akaun 1 dan akaun 2), kalo kita baru kerja bersama gomen 3 tahun, kita hanya dapat 45% sahaja dari nilai, dan selebihnya gomen tarik.yang gomen tarik itu adalah, SEMUA SYER MAJIKAN YE. DIULANGI, SEMUA SYER MAJIKAN.... HEHEH.
 kalo sebelum masuk gomen itu anda dah kerja swasta, n dah potong kwsp, duit itu 100% ANDA PUNYA



INFO2
1. Melengkapkan borang .
  • Borang Permohonan KWSP 9J (AHL) (borang web) (lepas masukkan semua butiran sila print)
  • Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan (yang ni mintak ketua jabatan untuk buat pengesahan)
Lampiran yang diperlukan seperti berikut:
1. salinan Kad Pengenalan (TAK PERLU KALAU TERUS KE KAUNTER)
2. salinan Tawaran ke Jawatan Tetap (SURAT MEMULA DAPAT KERJA DULU)

3. salinan Pengesahan Jawatan dan  

4. salinan Skim Taraf Berpencen.(Surat daripada JPA) 

5. Buku Bank atau Penyata Bank.
(panel yang dilantik oleh KWSP(TERKINI) (boleh semak di laman web kwsp)



dah cukup semua diatas... boleh la ke kaunter kwsp berdekatan anda

info 3
 Bagi yang musykil pasal pembahagian duit dalam akaun 1 dan akaun 2 tu sebab,  dalam akaun 1 lagi banyak dari akaun 2, orang KWSP kata pembahagiannye begini:

Akaun 1: 70% daripada jumlah keseluruhan terkumpul
Akaun 2 : 30 % daripada jumlah keseluruhan terkumpul
p/s: ini pun kalo anda mmg 100% duit KWSP itu hasil kerja ngn gomen. 

Info 4 
kaedah pembayaran: 
1. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda tetapi dengan syarat: 
(i) Akaun bank anda masih aktif.
(ii) Akaun bank anda dibuka
dengan panel bank KWSP yang dilantik.
(iii) Akaun bank anda jenis
Simpanan/Semasa (akaun persendirian). 


2. Kalau anda takut terbagi salah no akaun, boleh je mintak pihak kwsp buat cek atas nama anda ya

Info 5
proses/ bila duit keluar?

kalau ikut kwsp diorang akan cakap dalam masa 21 hari bekerja. percayalah.. paling cepat kawan saya pernah dapat dalam masa 4 hari lepas submit. kalau anda tak pernah buat sebarang pengeluaran, cepat. kalau pernah amik untuk beli umah, lambat sedikit sebab amik masa nak buat kiraan yang tepat... 

pengalaman peribadi: 14 hari bekerja. akan dapat sms dari kwsp berkenaan kemasukan duit tersebut. makcik yang rajin online shopping ini, mendapati, duit masuk awal sehari daripada sms tu datang ye... hehehehe

sekian










Labels: , , edit post
31 Responses
  1. sitiebby Says:

    askum sue,
    kmk pun br dpt surat berpencen. minggu dpn nk cb tny kwsp. nk kuarkan duit ya. lmbt dak pdrm buat keja.
    sue, kmk mk tny, ms mk kuarkan kwsp , payslip yang dah suci bersih dr potongan diperlukan ke tidak??? sbb kmk tny dak lain di ipd sibu nie, smua pdh mcm ya. dh la kmk tok ingt mk agih2 duit kwsp ya dgn mak tek. hope ktk dpt beri idea juak.
    kwn kmk di kuching dpt jak kuar wlaupun payslip blm suci bersih dr ptgn kwsp. maklum la p*** tok lmbt ckit nk setelkan keja mcm tk.


  2. SURIE WAN Says:

    siti, mmg mok kena bawak payslip yang dh clear dari sebarang potongan epf. mungkin di kuching ya pegawai nya sik skema kali. yg di bintulu pun gya, mok bawak payslip yg dah clear dari potongan


  3. sitiebby Says:

    sue, kmk dh plh. dh lulus pmohonan kmk, cuma duit blm kuar gik. dak kwsp sibu pdh, mun kita mk juak kuarkan , daknya akan teruskan proses ya. klak mun ada potongan gik dlm payslip. kita kn buat permohonan baru gik, sama kdak yg ptama tek. payslip pun xde diminta cdaknya bh.ktk dah dpt kuarkan kwsp ka???


  4. salam..yang pengeluaran 100% peratus tu dari akaun 1 atau 2...ke total akaun1 + akaun2.


  5. salam. pengeluaran 100% tu dari akaun 1 atau 2... ke total kedua2 akaun...


  6. SURIE WAN Says:

    salam. maaf lambat jawab... baru perasan. kalo kerja swasta, melibatkan keseluruhan akaun


  7. deeNeustra Says:

    as salam mo tnya baki 55% tu kerajaan bagi balik @ ambil trus?


  8. deeNeustra Says:

    as salam mo tanya baki 55% kerajaan ambil trus @ bagi balik?


  9. surie wan Says:

    salam, maaf lambat respon. kerajaan akan ambil terus. sebb kira macam hak diorang untuk bayarkan balik pada pencen nanti


  10. Azeri Says:

    Macamna sekiranya kita pernah bekerja sementara(kontrak) dengan kerajaan tp jawatan dan jabatan yg lain..? Syer majikan yg tu kerajaan ambik balik jugak ke?


  11. surie wan Says:

    Azeri,

    kalo dalam kes kamu... masih 100% anda punya.. sebab kontrak tu mcam kita kerja dengan swasta... syer majikan tu kerajaan tak amik pun


  12. As Salam. Nak tanya.. Basically 55% yang Kerajaan ambil balik tu sebenarnya bahagian majikan 12% yang ditop-up oleh kerajaan right? And 45% is apa yang dipotong dari gaji kita selama bekerja dengan kerajaan. Betul kah apa yang saya faham ini? So if I have 200k in kwsp - 100k is from my years in the private sector and 100k is from my government service, I will get 100k plus 45k after terima status berpencen? Correct? Hehehe... 200k is just an example... Senang mau kira mah.... Thankyou ya... ...


  13. Nurul Says:

    Assalam sue.mcmne pengiraan pengeluaran sekiranya jumlah caruman sewaktu joining swasta dulu,RM34K..then joining gov pulak.Adakah amount 34K ya kelak akan diberi kepada pencaruman sepenuhnya atau ada deduction?sekiranya jumlah sewaktu joining gov, adalah 6.3k..adakah hanya yg 6.3k ya yang dideduct 55%?


  14. vivian haffadzi salam...yup correct...jawab bgi pihak admin...


  15. salam...yup betul...jawab bagi pihak admin...tq


  16. Mcmne klo b4 terikat dgn gomen sy pernah bekerja dibwah kerjaan negeri secara kntrak selama dua tahun...jd yg potongan yg 2 thun tu pun ditolak majikan ye


  17. Mcmne klo b4 terikat dgn gomen sy pernah bekerja dibwah kerjaan negeri secara kntrak selama dua tahun...jd yg potongan yg 2 thun tu pun ditolak majikan ye


  18. surie wan Says:

    nur hidahyu,

    maaf lambat respon.. berdasarkan pengalaman saya... semua dapat untuk kontrak tu


  19. Tasha Nain Says:

    Assalam,mcm mne klu sy blum lg dpt surt pngeshan kakitgan brpencen?dn bgaiman pula dgn mreka yg x mmlih skim bpencen msih bleh kluarkan atau tdk duit trsebut.tq :)


  20. Tasha Nain Says:

    Cmne klu smua surt sy dh ada tp surt pngeshan bpencen je blum trima.msih bleh kluarkan x?dn bgaiman pula dgn mreka yg x mmlih skim bpencen?adakh mreka msih bleh kluarkan duit trsebut?tq :)


  21. surie wan Says:

    Ikut pngalman peribadi.. Saya dapat keselurhan potongan plus majikan utk kontrak


  22. surie wan Says:

    Semua syarat yg dikenakan hendaklh dipenuhi.. Kalau x, kwsp suh balik/ cukupkan syarat.


  23. surie wan Says:

    Kalo x pilih pencen, x leh kuarkan sesaja sesuka ati... Kena tunggu umo 55. Kalo sambung blaja, nk byr ptptn, deposit umah ke.. Yg tu boleh kuarkan


  24. Jenny Jem Says:

    Salam..sbg contoh dlm akaun 1 ada rm10000,akaun 2 rm5000..so,berapa yang kita dapat?


  25. surie wan Says:

    helo jenny,

    akaun 1 plus akaun 2 = rm15000. so kalo kiraan kasar, 45% dari 15k itu

    dalam rm6750


  26. mazfd Says:

    Sy kerja swasta selama 5 thn. Tp dh brhnti sbb tlg uruskan bisnes keluarga. X prnh kerja kerajaan. Blh ke sy nk keluarkan duit kwsp sy?


  27. surie wan Says:

    mazfd, tak boleh rasanya... ada tujuan tertentu sahaja boleh mengeluarkan.. boleh rujuk laman web kwsp untuk info lanjut


  28. azuyss Says:

    sy tgk status dah lulus di website kwsp pada hari ke 10 tp duit xmasuk lagi?? masuk ni dah hari ke 2 dari tarikh lulus.. berapa hari lagi nk tunggu ya? siapa pernah ada pengalaman pls shared..


  29. surie wan Says:

    azu
    tak lama lagi masukklah tu.. sabar.. ;)


  30. Awak dah dpt duit ek.. Brapa lama dri tarikh lulus baru dpt duit?tq


  31. liza bahai Says:

    Sy pun hairan..tnya kwsp bole kuarkn duit tu wlpn.msh ptg slip gj..bla tya kerani diaorg ckp ssh..hmmmm


Post a Comment

thanks for ur time dear..