nuffy ads

surie wan
sejak semalam dah bawah kelopak mata bawah kiri ni asyik berkedip-kedip / bergerak... mmg sangat "annoying'.. salunya og kata kalo sebelah bawah yang berkedip tak kira la kiri atau kanan, kompom ada je benda buruk nak jadi..... seriau juga mendengarnya.... Antaranya ada yang berpendapat seperti berikut:


kalau yang bergerak tuh kelopak mata kanan, ada sedara belah ayah yang meninggal , kalau belah kiri , ada sedara belah mak pulak yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Dan seperti biasa, sy yg tak berapa nak follow menda cenggitu, terus la membuat pencarian pantas dan tangkas di alam maya.. chewah! dan yang menariknya.. sy dah menemui fakta berikut:

"nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini."


hasil pembacaan itu, sy berpendapat, kemungkinan juga saya menghadap PC melebihi had sepatutnya, ditambahkan lagi dengan ketagihan kopi tanpa kafein sy seminggu dua ni... jadi akibatnya.. mata ni asyik berkedip-kedip

Kesimpulannya, masalah mata bergerak-gerak ini tidak ada kaitan dengan kepercayaan orang tua-tua. Mungkin kalau sesuatu kejadian yang berlaku semasa kita mengalami masalah ini, ia hanyalah kebetulan sahaja. Sebagai umat Islam, sama-samalah kita elak daripada mempercayai kepercayaan ini kerana ia menghampiri kepada perkara-perkara khurafat. Yakinlah setiap kejadian itu adalah qada’ dan qadar Allah SWT. Wallahu ’alam.
 

sumber: mia
Labels: , edit post
12 Responses
  1. mata kiri saya bergerak2 ni..and sekarang mggu final exam :(


  2. SURIE WAN Says:

    hehehe mungkin di sebabkan stress nak exam... takpe.. sabar


  3. mata kanan saya bergerak2 tapi kawasan tempat air mata nak kuar tu..asyik denyut2 je... Apa yang nak jadi pun taktau :/


  4. oh..logic..sbb sy pun mengalami mata belah kiri bergerak2..lepas seharian mengadap pc dan stress ngan keje...


  5. cindy daine Says:

    thanks tis help me a lot.. mngkin anxiety berlanjutan and terlalu mnum kopi..


  6. cindy daine Says:

    thanks this help me a lot, too mush anxiety and minum kopi agaknya..


  7. kyalila Says:

    Salam. Ni hasil carian yg paling saya puas hati bila disebut mengenai teori saintifik. Lega hati ni.
    Mmg kebetulan dah 3 hari kelopak mata atas kiri bergerak. Jawapannya tgh stress. Tgh renovation rumah. Kerisauan melampau. Tgh risau menyesuaikan diri dgn kerja baru. Kebetulan nak jln jauh ke sabah sabtu ni. Ada gak la kebetulan dgn petua2 tu.


  8. kyalila Says:

    Salam. Ni hasil carian yg paling saya puas hati bila disebut mengenai teori saintifik. Lega hati ni.
    Mmg kebetulan dah 3 hari kelopak mata atas kiri bergerak. Jawapannya tgh stress. Tgh renovation rumah. Kerisauan melampau. Tgh risau menyesuaikan diri dgn kerja baru. Kebetulan nak jln jauh ke sabah sabtu ni. Ada gak la kebetulan dgn petua2 tu.


  9. surie wan Says:

    salam kyalila,

    dulu mcam percaya jugak la mata kelip kelip ni.. tp bila dah tau macam ni.. kira macam lega la, pendapat og dulu dulu ni banyak based on pengalaman dan bukan kajian ....




  10. Mrs.S-to-be Says:

    Hi..saya dah seminggu rasa kelopak mata sebelah kiri atas berkedip2. mula2 saya risau sgt kenapa jadi mcm ni. Tapi mungkin betul lah apa yg awk share, sebab lately saya stress sgt2 dgn kerja, stress sebab nak kahwin lagi, mcm2 sy fikir. Mungkin itu faktornya. Tapi kan..akankah penyakit ni akan hilang? saya takut ia nya berterusan.


Post a Comment

thanks for ur time dear..