Tuesday, March 7

2017

salam

selamat tahun baru. lama gila dah meninggalkan alam penulisan ni.. cewahh ayat... kekadang memerlukan masa dan idea juga nak menulis.. kang tulis merepek merapu org kata kita syok sendiri pulak

 since dah masuk bulan ke 3 di tahun 2017 yang tak terasa pun dah kehadirannya, mommy nak update beberapa perkara pencapaian dalam hidup

  1. tahun ni bakal menerima lagi kehadiran seorang ahli keluarga baru. hehehe due datenya?ogos 3rd.. tp rasa macam akan kuar dalam julai sama amani n rizwan.. mmg tak terduga pun tuhan nak berikan kita rejeki... tetapi alhamdulillah semua tu ada hikmahnya... hendak tak hendak kita bersyukur dan terima dengan tangan yang terbuka hendaknya....
  2. rumah kitrang dah siap sepenuhnya. alhamdulillah. tapi masalahnya sekarang kitrang menunggu entah bila lagi layak menduduki.. asyik pospone memanjang.... apalah nasib .. huhu yang kesiannya kengkawan yang kena bayar umah sewa sama rega dengan nak membayar harga rumah bulan-bulan...
  3. ada beberapa isu besar berlaku juga dalam family.. harap-harap dapatlah selesai dengan baik dan tenang... kesian dengan mak... semakin tua semakin banyak dugaan nya kena fikir dan hadapi... kekadang kita rasa kita dah cukup membahgiakn tetapi rupanya kita telah menyentuh hati dan perasaan org tua dalam diam....
  4. tumbesaran dan pembesaran amani, irdina dan rizwan mmg seronok tengok dari masa ke masa... masing masing dh nampak telatah dan perangai memasing.. benar kata org, kita nk didik anak biarlah dari awal... jangan dah tua bujang baru nak di ajar kang ada yang menangis tua pulak lepas tu...
  5. work? passion makin hilang... ada ketika macam makan gaji buta... tapi kekedang seronok dan tak sabar nak ke tmepat kerja.. well life kan ada up n down.. mcam tu jugaklah di tempat kerja... semua ada pengalaman dan perasaan yang berlainan

k lah.. setakat ini sahaja buat permulaan... nanti dah rajin sangat mmg mommy hapdate hari- hari untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. lelebih lagi bila nak pindah masuk umah nanti.. mmg akan menggunakan segala aspek pencarian google dan semuanya sebagai rujukan... selain itu standby la duit akan mengalir keluar mcam water fall uall.. doakan rejeki kami sentiasa ada dan di murahkan selalu... amin

adios!