lama betul dah tak berblog disini... mmg lama sangat.. benarlah kata orang.. mula-mula mmg rajin menghapdate.. lepas tu lelama terus suam-suam kuku dan kemudian ada sesetengah org terus tutup buku...dan akhirnya blog dia tinggal kenangan yang abadi selamanya di alam maya....
well, tru blogging ni jugak boleh buat duit...so jgn ingat kita syok sendiri dan kendian share segala menda kehidupan dalam blog kita.. abaikan percakapan segala mak nenek manusia diluar sana yang belum tentu suka dengan kehidupan kita....
tgh counting menunggu hari kelahiran anak ke-3.. wow! mcm tak percaya dah anak nak masuk 3.. ya allah, permudahkan lah segala urusan sebelum dan selepas kehadiran.. jadikan hamba ini insan yang lebih baik dan bertAQWA.. MMG DIAKUI.. mulut ni susah nak jaga... banar kata pepatah.. diam lebih baik dari berkata-kata.. takut kita ada menyakiti hati dan perasaan org lain pulak... sia-sia menambah dosa...
nak masuk anak ke-3.. perasaan tetap sama.. takut, fobia... apalah nasib saat bersalin kelak.. entah dapat melihat dunia lagi ke tidak.. semua ketentuaan Allah.. tapi tak tahu lah sama ada amalan yang hendak dibawa cukup atau tidak...
p/s:
Bak kata Joni Depp,
"Kalau kita sayangkan dua orang dalam satu masa, pilihlah yang kedua.
Sebab kalau kita sayang yang pertama, kita tak akan jatuh sayang dengan
yang kedua"
bye!