Friday, October 25

Almost. Almost. There ^_*

Minggu 38...
Lama tol x bercerita pasal mengandungkan adik Amani....;) x macam Amani dulu.. Hapdated nya stp kali bertukar minggu....

Hua hua besar diameter pewut kali ini mmg melebihi diameter mengandungkan Amani...;) lain anak lain pengalamannya kan....
Tiz time antara yang menarik (wah! Menarik eik?!)-
1. Checkin Hospital 5 hari.....
2. Berat turun mendadak hingga 57kg
3. Lepas je kuar speta, terus mulut tak berenti mengunyah n makan hingga berat cecah 75 kg dh skang
4. Minggu 38, adeq baru 2.8kg tambah/tolak... Sampai gynea pun kata, "mummy u mmg makan utk diri sendiri n not baby".. Haish!! Kejam je bunyiknya....
5. Dah start cuti bersalin since 21/10/2013.....dan mmg menunggu hari
Doakan mummy selamat bersalin semuanya.. Ampunkan salah silap... Maaf atas kekasaran, keceluparan dan ketidakbertanggungjawaban....
- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Lorong Desa Senadin 2A,Miri,Malaysia

Monday, October 7

Entri tertangguh: jalan-jalan langkawi 2013 (Day 1)

salam sejahtera,

dah masuk minggu 36 kehamilan dah ni.. kiraan matematik bulan 9 bulan.. kalo kata bidalan mengandung 9 bulan 10 hari..  tp berdasarkan pengalaman mengandungkan Amani mummy beranak minggu ke 40. dengan kata lain bulan ke 10.. itulah tak tahu camne leh kuar istilah mengandungkan anak 9 bulan 10 hari tu.. huhuhuhu

merepek pulak dah.. ni nak cita psal jalan jalan ... tahun dah nak berganti baru teringat nak mencoret kat sini.. bukan apalah nak tulis kat sini. sesaja kang ada masa senggang busan.. leh view balik dah jalan p mana kan.... so ari ni tetiba semangat nak cerita pasal p langkawi plak dah...

entri terdahulu pasal ni ada kat sini. Entri ini sangat la panjang, dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental nak menaipnya.. hehehehe

 so banyak part ye!

Travel period: 27 MAC SEHINGGA 30 MAC 2013 (4 hari je pon!)

Hari PERTAMA @ Day 1 (27 MAC 2013)
It's my bufday!!! happy 29th birthday to me! hahaha mmg sengaja pilih hari ini kot... tiket dah beli awal tahun.. dahtu time beli, kitrang amik yang termurah la kononnya... amik la flgt dari miri ke kl, tp tak amik tiket balik lagi.....sebab nak jaga bajet la kononnya.. tapi kitrang amik fligt langkawi/KL pergi balik sebab mmg rasa sangat murah lah kononnya kalo pergi bertiga time tu plus beg segala kan....

nak dijadikan cerita, bilA TIBA SAAT nak pergi, daddy plak kena fly ke KL seminggu sebelum tu. so nak tak nak beli la tiket dari Bintulu pulak dan kali ni sebab tiket ke KL mmg dah mencanak naik, nak tak nak beli la jugak tiket Bintulu Ke KL , daddy hanya balik bintulu semata nak p amik mummy n amani... hua hua hua.. mmg membazir sudah di sini ye.....

perjalanan dari bintulu ke kl amik masa dalam 2 jamlah.. then kitrang bermastautin di LCCT terlebih dahulu, n tunggu jam 3.30 petang untuk fly ke Langkawi pulak dah. waktu ni Amani mmg dah sangat laju berjalan dan mmg dah tak reti lah nak duduk diam.

flight kl ke langkawi makan masa 30 minti ke  sejam je (tak ingat lah deng)... tu pon kitrang lama kat atas tunggu nak landing sebab keadaan trafik udara sesak.. oh ye! time kitarang pergi ni. kebetulan LIMA 2013 sedang berlangsung.. dan mmg ramai giloss manusia plus semua benda jadik mahal dan sesak!!
Selamat Datang Ke Pulau Langkawi.. ^_*


sesampai je kat airport, kitrang terus la mencarik kereta sewa... memula nak book awal-awal dari Bintulu, tp servey punya servay, nampak sangat pemilik kereta sewa naikkan harga kereta sewa diorang smapai 3 kali ganda! so kitrang decide la nak kamikaze je amik sewaan setibanya di langkawi. Keluar je dari pintu ketibaan, dah bertembung dengna deretan kaunter syarikat kereta sewa.. dan harga yang ditawarkan takdelah mencekik sangat, tapi masih mahal lah berbanding kalau kita smpai langkawi pada hari-hari biasa (bukan cuti skolah mahupun LIMA)

kitrang amik kereta VIVA je.... dahtu meneruskan perjalanan terus ke MALI PERDANA RESORT di pantai Cenang, kitrang pilih stay kat Cenang ni atas nasihat besties mummy.. diorang dah sampai dahulu ke langkawi ni. katanya better duduk cenang sebab lebih happening daripada duduk di KUAH (tgh bandar). sebab kuah pekan mati bila tiba malam. 

untuk tempahan hotel ni, kitrag buat try Booking.com. melalui booking ni nampak murah, tetapi terdapat hidden cost macam gomen tax dan service tax segala. dan kami bernasib baik sebab dapat bilik, mummy tempah sebelum LIMA 2013 diumumkan tarikhnya lagi. so kira macam dah tak risau la untuk penginapan. amik senang kitrang tempah 3 malam terus lah. berdasarkan pengalaman TN N TKIZ, mak tak sesat punyer kalo duduk dalam Langkawi ni. pusing-pusing tang tu jugak,

p/s: namun percayalah, bahawasanya  mummy lebih prefer untuk menempah hotel tru Agoda.com sebab harga semua termasuk tax, breakfast n bila sampai hotel dah tak perlu nak tambah apa-apa lagi atau kuarkan duit bayar otel lagi.

Hari pertama ni, dengan keadaan mummy yang mmg tengah mabuk kepayang, dan kesiannya Amani n daddy kena follow mummy duduk dalam bilik je.... sebab mmg dah tak larat sesangat kot nak berjalan dengan keadaan asyik nak muntah n pening kepala...... huhu hujungnya, kitrang lepak dalam bilik je smbil makan lah apa je yang ada.........


BAJET HARI PERTAMA
A. Tiket kapal terbang
1. MYY-KUL RM 210 (burned!)
2. BTU-KUL/ KUL-BTU  RM966  (2 adult + 1 infant)
3.KUL-LGK/ LGK-KUL RM379.00  (2 adult + 1 infant)

TOTAL TIKET : RM1555 (ni dah boleh sampai HONG KONG OK!!!)

B. Bayaran Kereta Sewa
1. VIVA 1.0CC- Untuk 3 mlm RM 350.

C.Penginapan-  MALI PERDANA RESORT, pantai cenang
4 hari 3 malam - RM423.40 

Bajet makan-makan tak yah la share eik!


  TOTAL BESAR: RM 2328.40