Tuesday, August 20

Selamat Hari Raya 2013/ 1434H

Assalamualikum dan salam sejahtera...

RAYA MODE
  • masih mode raya lagi arini... baru 13 Syawal... InsyaAllah kalau ada kesempatan, ingin dan akan rasanya membuat sunat puasa syawal dan seterusnya ganti kan puasa yang tertinggal tu....
  • Tahun ini giliran menyambut Aidilfitri di Kuching... umah sebelah hubby plak.. kitrang balik seminggu awal, sebab dah lama sangat rasanya tak menjenguk Parent in laws
  • dah masuk kali ke 2 rasanya menyambut syawal terlebih dahulu di umah mentua. jadi macam dah terbiasa sedikit walaupun kekoknya masih ada
  • untuk syawal kali ini. mummy preggy masuk 7 bulan.. dahtu sabtu ahad mummy akan merajinkan diri nak buat kek sendiri untuk hidangan hari raya... bukan apa.. pengaruh rakan kat opis jugak.. excited tengok diorang berkongsi resepi dan teruja jugak rasanya nak buat sendiri...
  • tahun lepas banyak pembaziran dalam menyediakan bahan kek... tp tahun ini agak teratur dan Alhamdulillah takde la membazir.... 
  • menjadi satu kepuasan yang tak terucap bila kita tengok sendiri apa yang dah disediakan untuk hidangan tetamu adalah hasil tangan sendiri dan bukan beli  tunjuk..^_^ 
  • raya ke -5 kami dah start travel balik ke miri. dan perjalanan kali ini rasanya makin pnjng. di mana kami terpaksa bermalam di sibu sebab mummy dan Amani mabuk perjalanan. mungkin tak makan tengahri sebb semua kawasan rehat tak buka kedai makannya... mungkin masih mode raya lagi.
KANDUNGAN
  • adik amani ni dah masuk 29 minggu 2 hari saat coretan ni.. benarlah kata orang.. setiap kandungan dan kelahiran pasti ada saat manis pahit yang berlainan
  • tipulah kalo kata kali ini takde perasaan takut dan gementar. perasaan itu sentiasa ada. entah bagaimana sesi pertarungan melahirkan Hamba Allah ini nanti
  • "berikan  yang terbaik dan permudahkan la segala urusan ini ya Allah" 
  • bila kandungan dah masuk 7 ni.. mula la excitednya nak sediakan barang-barang keperluan. baju baju NEW BORN Amani yang mash elok sesangat dah start dibasuh .... mana yang dapat diguna pakai semula akan digunakan....  
  • insyaallah kali ini memilih doktor yang sama menyambut kelahiran Amani yang lepas, masuk kandungan 8 bulan nanti akan mula buat checkup dengan Dr Lee. pakar sakit puan di Miri City Medical Centre. bukan tak nak beranak di Bintulu, tpi lebih mudah di sisi family sendiri. mak pun dekat dan segala urusan selepas bersalin lebih mudah Insyaallah
  • dalam perancangan, nak berpantang di umah sendiri di Bintulu... tapi... tengoklah nanti bagaimana....
Gambar?
hehe.. tetiba malas nak share gambar kat sini.. sebab banyak dah di muatnaik di FB.. kalo rajin boleh lah ke www.facebook.com/SurimahSueHasburllahWan


wassalam....