Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, 
imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi 
adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan 
Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan
 yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan 
suntikan pelalian atau imunisasi. 
Dari semasa ke semasa, 
Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap
 jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar 
kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar 
global, dan perolehan vaksin di Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi 
dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang
 digalakkan.  Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan
 kanak-kanak. 
Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.
BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah 
dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) 
tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan
 TB miliari.
Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB 
dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan 
respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara 
berasingan.
Polio Polio
 boleh 
mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis 
vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus 
polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis 
kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang 
dilemahkan. 
DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, 
Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang 
tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik 
setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP 
biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak 
seperti vaksin jenis lain.
Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian. 
HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri. 
PCV Bayi
 berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang 
mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi
 yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim 
(pada musim sejuk).
ROTAVIRUS Di Indonesia, 28%
 kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, 
ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq). 
INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada: 
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun. 
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV. 
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok. 
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan. 
VARISELA Tidak
 boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan 
limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan 
sel imun. 
MMR Imunisasi MMR tetap diberikan 
walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. 
Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah 
mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga 
penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme. 
TIFOID Tifoid
 adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. 
Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat 
tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.
HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.
HPV Jadual
 pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan 
digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10
 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan 
diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos 
pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV 
tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua 
bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan 
kemudian.
Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih 
dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi 
serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan. 
Perlu
 diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang 
berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan 
pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan 
termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah 
imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini 
berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan 
imunisasi. 
Sumber: www.MeetDoctor.com
Disemak oleh Dr. Vinny Yoanna