Wednesday, May 29

kehidupan kami

betapa merindui untuk mencoret disini... rindu sebab lama dah tak membebel disini... kiranya bila ada kesempatan dan kelapadangan pun, belom past kuat nak mencoret disini...

kerana betapa sakitnya kepala nak buat ayat dan melayan jiwa bila nak mencoret disini.....

 Kehamilan:
  • alhamdulillah, usia kandungan @ adik Amani @ baby kiut masuk minggu ke 17 sudah atau bahasa senangnya masuk 4 bulan.
  • dan akan due pada 6 November 2013..  ini pun berdasarkan tarikh scan.. dan seperti biasalah.. yang menentukan nanti Allah bila nak adik Amani ni kuar.. kot terawal kah.. atau terlambatkan...
  • dan sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa atas segalanya, kali ini mmg merasa penatnya mengandung.. dengan pening, mual dan loya serta muntah berterusan hingga saat ini. dan sesungguhnya hati ini berdebar apa lah pulak dugaan untuk hari yang akan datang
  • kadang-kadang pernah terduga di hati jahat ini, apakah ini balasan atas dosa-dosa yang lampau.. yang sering meninggalkan tiang agama... dan seterusnya diduga dengan segala keranah mengandung ini....
  • buku pink dah setel dah... buat di kk kidurong, sangat la susahnya nak buat di bintulu ni.. kalo kat miri or kuching tak buat pun takpe.. selagi beranak kat hospital yang kita pilih tu n tak perlu nak buang masa p buat
  • dan buat pertama kalinya jugak.. kandungan kali ini  membuatkan mummy amani cek in hospital sela,a 4 hari 3 malam.. seronok siot! ahaha adalah manusia suka masuk speta... lagi-lagi bila masuk speta sebb kurang air dan kencingnya banyak keton... nak tahu apa itu keton dalam urin, sila lah google sendiri ye
Amani 
  • Usianya  menjangkau 2 tahun, perangainya boleh la tahan sesangat. saban hari ada je benda nak digaduhkan dengan anak bijak ni
  • but i miss her so much while writing this... sob! sob!
  • macam dah tahu sesangat dah cik kak ni bila mummy preggykan her sis/bro....hari-hari she love to kiss my tummy. kata org tua-tua.. bila yang kakak/abang tu suka sangat dekat ngn perut kita time mangandung... maknanya jantina yang didalam tu sama la dengan dia... 
  • mungkin ada benarnya.. sebab mummy sejak dah preggy balik, no seafood! no rice! kalo makan jugak pening dan angin semacam... sedangkan semua tu adalah fanatik kalo jumpa...
  • dan lagi dua bulan genaplah sudah tempoh penyusuan amani.. betapa merinduinya cik kak ni nanti nak bergantung lepas mummy balik kerja.. tp skang dia macam dah paham sesangat je bila tengok mummy balik penat.. so she will get her own drinks... minum dalam cawan n duduk dan baca bismilllah sambil tadah tangan nak baca doa... ;)

Work 
  • masih lagi dalam proses belajar menyanyangi tempat kerja.. dalam hati mungkin rasa nak carik tempat lain.. tapi kekadang keseronokan di tempat kerja tu tak datang tiba-tiba dan sekelip mata....
  • mungkin 10 tahun mungkin 20 tahun baru kita sedar betapa kita bekerja di tempat itu adalah keseronokan dan kerinduan berpanjangan
  • kadang-kadang rindu jugak nak balik ke tempat kerja lama.. tpi yang tak seronoknya bila mengenangkan jauh dari suami dan keluarga...
  • kadang-kadang, tak semuanya dapat di coretkan di sini.. biarlah ia tersimpan dalam hati  

Sunday, May 12

Happy Mother's Day to All




- Posted using BlogPress from my iPhone