Monday, March 18

Breastfeeding, pregnancy, life..... episod 1


Assalammualaikum wbt,

pergh tajuk nak aje dalam bahasa omputih ya mak Amani.... lama sungguh dah tak menulis disini.. banyak cerita suka duka dan khabar berita nak dikongsikan. hopefully semua nya mendapat keredhaan dan rahmat dari Illahi. Khabar apakah agaknya geng-geng yang lain, yang nukilannya lama dah tak dijejak. maaflah, bukan lupa atau tak lalu nak tengok, tp kesempatan dan masa sentiasa mencemburui jika kita tak pandai nak mengurusnya dengan bijak.
kisahnya begini ( ni baru nak cerita berkaitan tajuk entry)...  rasanya dah lama sangat mummy tak cerita kisah penyusuan bersama Amani, cik Kak tu dah berusia 1 tahun 8 bulan @ 20 bulan. bermakna lagi 4 bulan genap tempoh penyusuan nya secara ekslusif bersama mummynya yang kiut ni.. (awww!) 

beberapa bulan kebelakangan.. perubahan pelik mula terasa, puting macam melecet plus sakit selepas Amani menyusu. macam memula start menyusukan Amani saat baru lahir dulu... tp mummy ignore aje... kendian, bila sesi mengepam, mummy pelik... even pam masih 3 kali sehari di opis, tp hasilnya penghujung petang hanya 4oz sahaja atau sebotol kecik tu dan itu hanya untuk sekali penyusuan sahaja. stok beku tak usah cakap lagi, mmg habis terus.. tambah lagi mummy attend sukan bornoe staff ipta early february.....mmg takde langsung stok kecemasan. tp budak bijak ni, even tak dapat susu sebelah pagi (di taska) dia tak merengek. still minum jugak air suam atau air milo yang bs sediakan untuk beliau. tp time mummy balik kerja, siaplah... bergantung samapai pagi eseoknya......

ceritanya tak habis di situ je.... kendian awal Mac, mummy dah rasa satu badan hangin. lagi-lagi bila pagi petang dah mual plus angin... dan baru perasan dekat 2 bulan dah tak period. memula nak abaikan aje.. sebab sejak bersalin dan menyusukan ni.. memang period sy tak teratur langsung... sehinggalah daddy Amani perasan ada perubahan dalam dirinya (daddy ok!). malam malam dia akan cari something masam untuk buat ulam. dan favor dia kompom kedondong. dan segibik dengan perangai dia time mummy preggy kan Amani dulu! pada satu malam (wah! dah macam cerita panglipur lara)... " Better u buat UPT, Kot kot Amani nak dapat adik".. mummy just laugh. .....


to be continue...^_*