sepanjang cuti bersalin, blogwalking sahaja tanpa nak menulis apa -apa. renungkan.....
Komunikasi adalah terapi untuk setiap hubungan.
Dalam apa-apa jenis hubungan sekalipun, asas untuk mempertahankan setiap hubungan itu adalah berkomunikasi. Tidak kira jenis apa pun samada call, sms, BBM, Whatsapp, YM, Gtalk, Skype, Wall FB yakni Twitter sekali pun sekurang-kurangnya antara kita dan pasangan mesti luangkan sedikit masa untuk berbual antara satu sama lain.
Orang kata sesibuk mana pun kita, bertanyalah khabar. Kalau tak sebab nak tanya bini kau sihat ke tak, kau fikir sebab anak kau lah. Takpe, bini kau tak kecik hati pun sebab kalau dia pun, dia akan tanya anak dia dulu daripada suami dia. Haha.
Berbalik kepada berkomunikasi. Ada kawan aku cerita, dia selalu berbual-bual dengan pasangan dia sebelum nak tidur. Fikirkan tentang masa depan mereka berdua, masa depan anak-anak, tentang esok nak makan apa, tentang macamana nak memantapkan lagi ekonomi family, hubungan kelamin dan anak-anak.
Bila kita berbual-bual dengan pasangan kita, kita rasa beban pun hilang dan boleh tidur dengan nyenyak. 8 jam bekerja di pejabat walaupun kau tak di bebani dengan kerja yang banyak, otak tetap tepu juga. Kalau tak sebab kerja pun, kau tepu dengan orang keliling di pejabat. Sebab itu bila balik rumah tu, seronok bila pasangan kita buat sesuatu yang kita suka. Hilang penat kejap walaupun sebenarnya kau tak dapat rehat sangat pun bila balik rumah sebab mengadap kerenah anak-anak pulak. Jadi, berbual-bual sebelum tidur itu pun satu langkah yang bijak juga sebab kita boleh berbual-bual dalam keadaan yang tenang.
Kita dah hidup di dunia yang serba canggih. Kalau dulu-dulu handphone kita entah campak mana, tapi sekarang handphone sentiasa dalam genggaman kita. Jadi, apa salahnya sesambil bertweet tu hantarlah sms ke atau apa-apa lah dekat pasangan korang. Just nak dia tau yang kau ingat dekat dia.
Dan bila kau dapat apa-apa pesanan, sila lah balas.
Jangan kau baca sekali lalu je.....
Nukilan ni catatan terbaik dari:
http://susudalambotol.blogspot.com/2011/09/berkomunikasilah-dengan-cara-apa.html
sent from my iphone 4
Wednesday, September 21
Friday, September 9
45 hari berlalu........
Masa pergi terlalu pantas..... Aktiviti????? ^_~
Buat renungan semua....
"Andai kita tidak mampu membeli rumah banglo mewah maka jangan kita pandang serong pada yang memiliki banglo mewah. Malah jika kita menaiki kereta ke tempat kerja, jangan dihina mereka yang menaiki bas. Setiap orang punya kemampuan tersendiri. Sama juga dalam hidup ini....hati perlu bersih, baru rezeki akan datang. Tidak perlu cemburu pada hasil orang lain tetapi jadikan inspirasi untuk kita lebih maju. Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang lambat laun akan menutup banyak pintu rezeki dan rahmat ALLAH."
Subscribe to:
Posts (Atom)