SALAM SEJAHTERA UNTUK SEMUA
Menghampiri penghujung tahun 2020 yang banyak betul kenangan sama ada manis atau pahit. dan sesungguhnya semua itu adalah erti kehidupan dan akan sentiasa dijadikan pedoman dan panduan.
kalo dahulu zaman sekolah.. kalo cikgu sekolah suruh buat karangan atau lukisan untuk tahun 2020, akan terbayangla... kereta terbang, baju silver kilat-kilat dan bangunan pencakar lagit menjadi igauan.. bukan aku sorang rasanya.. malah sesiapa sahaja yang lahir sezaman dengan aku. dan sesungguhnya.. melangkah ke tahun 2020 adalah tersasar jauh lebih dari apa yang dibayangkan sebelum ini.
dan ketika itu.. bila hitung tahun umo, baru cecah 36 tahun dan tak terbayangkan lagi kehidupan ketika ini bagaimana, pernah terbayang kan Corona Virus yang menghantui seluruh dunia, dengan jutaan kematian yang mengakibatkan.. bukan kereta sahaja yang tak terbang malah kapal terbang pun tak terbang sekali.. tapi bahana virus yang tak ternampak di mata, tapi terkesan di hati. bila mana anak anak tidak dapat memberikan penghormatan terakhir menguburkan ibu bapa yang meninggal akibat virus durjana ini..
dan ketika tahun ini juga, pelbagai dugaan untuk kawan kawan didengari.. dengan adanya perintah kawalan pergerakan.. ramai juga yang kehilangan kerja, putus punca pencarian... dalam di alam maya, terbaca pulak ada yang disiksa dan diratah penjaganya ketika perintah ini dilaksanakan. sifat kemanusiaan hilang sehingga sanggup menyiksa darah daging sendiri. dan tahun ini dirasakan benar-benar menyiksakan.
Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
tunggu la rajin lagi... aku update, k bye! adios