Tuesday, February 24

pengalaman bersalin kedua #sharifah ameera irdina


salam sejahtera,

lama tol dah tak mencoret.. belek punya belek, mmg takde la cerita pasal bersalin anak kedua.. kesian adeq nina... nanti lupa pulak mummy momment beranakkan dia kan... skang zaman IT, kot2 la mummy tak leh hidup lama. Nina boleh google search je macam mana moment dia dilahirkan.. just video je tak de nak amik.. lom tahap gaban nak amik video saat bertarung nyawa.... ok kita mulakan ceritanya begini;

27/10/2014 (ahad)
as usual, mumy akan bercuti awal, start 21/10/2014 dah balik miri untuk preparation beranak... n setup semua nak bersalin dibawah seliaan (chewah ayat!) Dr Lee dari MCMC (Miri city medical center).. kali ni ada lambat sikit buat appment dengan beliau.. sebb daddy tah habis-habis join shut down.. tak macam waktu beranakkan amani... sebulan lebih bawah pengawasan Dr Lee. jadi dr lee ingat-ingat lupa dengan mummy n daddy....

daddy pulak bila dah mummy cuti mcam ni, akan balik Bintulu pagi isnin, sebab takut la akan beranak bebila masa,, dan semangat nak bersama sewaktu bersalin tu mmg sangat terujanya.... as usual, bila daddy datang, plus hari pun dah gaji, so kitrang pergi berjimba la seharian.. p makan apa yang nak makan.. then p beli apa nak beli bawak perut yang mmg dah sarat... dan daddy selalu cakap kt adeq, adeq kuar lah time daddy masih ada kat miri, kalau kuar hari ni, nanti date adik lahir sama dengan mummy n kakak Amani 27hb.... tp mmg takde langsung tanda nak kuar.... due pun dalam seminggu lagi... time ni dah 39 weeks.


28/10/2014 (isnin)

 3.30 pagi
as usual, pagi subuh, daddy wake up  3.30 in the morning (cheh! sepeaking london), p mandi kemas baju semua sebb nak balik bintulu kerja mcm biasa.. mummy masih tido lagi... sedap kot tido... hehehe

4.30 pagi,
daddy dah setel kemas dan minum pagi sket.. tapi hati mummy tetiba sedih, sengaja lewat-lewatkan daddy nak gerak... "tunggu lah lepas subuh, dah alang-alang.. nanti tak sempat sembahyang.. then daddy agreed.

dalam hati mummy ni, adeq tak nak kuar arini ke... kesian daddy asyik ulang alik je.... then tetiba, mummy terfikir nak minum air zam-zam yang besties mummy Intan beri waktu dia p umrah haritu. baca bismillah dan alfatihah dan niatkan dalam hati " atas izin mu ya allah permudahkan urusan bersalinku,permudahkan semua proses kelahiran anakku".


5.15-5.30 pagi
lepas sembahyang subuh, tetiba perus memulas, sakit mcam nak buang air besar, kejap berhenti kejap mulas balik, cakap kat daddy " takyah balik bintulu, perut dah rasa lain mcm nak bersalin" . dan kemudian mak kata, p mandi dan kemas, jangan lupa kira kekerapan sakit tu.. ntah-ntah dah contraction.

6.00 pagi
sempat balik umah lutong (sebab selama seminggu ni stay rumah kakak sebab dorang pi holiday ke singapore), tinggalkan amani dengan mak adengnya... niat nak bawak, tp risau pulak kang dia tak lehe masuk wad bersalin.

6.30 pagi
dalam perjalanan ke MCMC, biasalah pagi isnin, manusia semua  berebut nk ke tempat kerja dan hantar anak sekolah. urat pinggang rasa nak putus, sakit teramat sangat dan tak tertanggung dah rasanya, perut memulas sangat-sangat macam nak terberak sangat dah. waktu dalam perjalan mmg mencabar keimanan, even dah pasang emergency light kereta, tetap jugak tak nak berikan laluan, time ni dah pikir pelik-pelik.. ntah-ntah aku ni beranak dalam kereta .. adoiya!

7.00 pagi
tiba di MCMC, Time ni jugak la nurse semua baru nak tukar syif, baru nak punch... pastu paling mummy menyampah bila nurse tanya.. ko ni nak beranak sangat dah ke.. anak ke berapa, dulu anak sulung beranak macam mana, blaaaa blaaaaaa helo! mummy nak beranak bukan nak menjawab soalan merepek merapu....

datang senior nurse cekkan bukaan (part yang paling tak best bila nak bersalin) ... "eh! dah 6cm! u ada amik selusuh ke? kan belum due, asal u tetiba nak beranak dah arini" boleh push ke wad bersalin, call dr lee skang suh otw... huh! tau cuwak...

7.20 pagi
mummy dah masuk wad bersalin, siap tunggu lagi atas katil bersalin, time ni mmg dah tak tertahan dah rasanya... rasa macam senang sesangat nak beranak berbanding Amani dulu.. 3 jam kena tahan contraction. mungkin fadilat minum air zam-zam yang Allah kurniakan,

nurse: "sue, jangan push dulu tau, kita tunggu doktor".. 
mummmy: adoi.. mcm mana nak tahan kalau dah tak leh nak tahan nak berak ni
nurse: tunggu, kejap lagi dr lee smpai, eh tp dr lee ada pembedahan jam 8 pagi
mummy: i peduli apa dia nak operate ke apa, yg penting i nak beranak dah ni
nurse: huhu kalo u bersalin jugak, kitrang akan sambut ye
mummy: eh, u dah gemuk la sekarang, dulu i beranak yg sulung u jugak yg sambut, tp time tu u macam baru masuk kerja
nurse: ye ke! gemuk?? (well, perempuan mana suka dipanggil gemuk kan)..

dan mummy dah open 10cm!

then dr lee sampai around 7.25am, yeay!!! everyone smile... sue dah nak beranak kah?? jom beranak...

tengah mummy nak push tu, daddy fon ringing..... daddy boleh pulak answer the call... it atok kuching

daddy: kmk dalam bilik bersalin, surimah nak bersalin dah
atok: belum, ilek la.. abah ada hal mok runding tok...
daddy: surimah tengah nak beranak dah tuk...
atok: yakah?.... tuutt tuttt tuuutttt

and suddenly mummy gelak!

dr lee: surie, u nak beranak ke tidak ni.. boleh ketawa pulak
mummy: ok, ok.. im ready ..
1st attempt to push...adeq still tak kuar .. try harder.. bayangkan pagi tu hanya minum segelas air zam-zam tanpa makan apa-apa then ko kena beranak mengeluarkan anak manusia ... bayangkan..... huhu hanya Tuhan yang tahu....

2nd attempt.. dah rasa semput... mak pulak " try buka mulut dan bernafas".... dr lee/ nurse: surie try harder, u can do it! sikit lagi.. kepala dah nampak.....

sebab dah tak tertahan n kuatkan semangat nak melahirkan, mummy dah terasa adeq stuck di pintu kuar, n dr lee try menarik jugak.. dan alhamdulillah... Irdina dilahirkan tepat jam 7.39 pagi ...... Alhamdulillah.......

Dan hashtag dr lee "great surie! see u next year... hahaha"

alhamdulillah... tiada yang terindah bila saat dapat melahirkan seorang lagi hamba Allah... terima kasih ya allah.. dan moga urusan seterusnya dipermudahkan juga........