Tuesday, August 24

Blog aku suka lawat....;)

dalam bosan-bosan, aku mmg rajin buat "blog hopping". aku pun tak tahu dari mana datang term melompat dari blog ke blog ni.... dan hari ini, bagi menghilangkan rasa mengantuk yang amat sangat, aku mengambil kesempatan untuk melisting 7 blog yang aku mmg rajin buka sama ada secara senyap atau di ketahui oleh pemilik blog berkenaan... kenapa aku letak 7 terpilih je??? nanti aku tulis kenapa ekk...;)

  1. http://www.onggon.com/
    • antara blog pertama yang menarik minat aku untuk menulis...teringin nak ada kamera macam khairul onggon tok ada... tapi ya lah.. sikit2 lama2 jadi bukit.. insyaAllah, leh juak megang dslr kedirik versi untuk entry level jak pun jadi la..  dah la tang best juak rupa onggon tok merantau sia situk.... kenapa cakap sarawak? cos blog ini ditulis dalam bahasa ibundaku... ;)
  2. http://www.rushmooradt.blogspot.com/
    • membaca blog ini seakan ikut sama ke destinasi yang dilawati penulis... sangat seronok.. dan sedikit sebanyak telah menanam satu semangat untuk diri aku juga untuk pergi ke luar Malaysia walau setahun sekali. gambar yang diambil, pengalaman beliau mengembara benar-benar memberikan informasi yang amat bernakna sebagai panduan permulaan bagi yang tak pernah ke tempat beliau pergi. selain itu, penulisannya teratur dan benar2 memberi kesan yang mendalam
  3. http://nurulism.com/
    • blog ni aku jumpa tahun lepas. waktu tu tengah sibuk nak buat persiapan kawen. tertarik dengan blog ni bila nampak gambar sanding chika n hubbynya kaler itam dan putih, dan disebabkan itulah jugak aku nekad menggunakan kaler hitam n putih untuk majlis pernikahan, dan alhamdulillah, mR. Hubby setuju je... selain itu, penceritaan kisah hidup chika dari zaman universiti hingga la kini.. dah ada medina anak gadisnya di Australia, memang seronok untuk dibaca oleh wanita-wanita seperti aku ini... hehehe
  4. http://www.esempoi.com/
    • blog ni ada beberapa author yg mengepalainya.... banyak maklumat dan info menarik yang aku leh baca dalam blog ni... sesuatu yang mungkin di luar jangkaan manusia juga la maklumat yang dipaparkan.. sangat menarik. kadang2 aku buka ie je, terus nak tengok blog ni kot2 ada info terbaru lagi kreatif. 
  5. http://mazidulakmal.blogspot.com/
    • rasanya tak perlu lah diperkenalkan penulis blog ini. beliau adalah antara pengacara popular tv3. aku rajin baca sebab kebanyakkan kesnya mmg menarik perhatian. dan kadang-kdang boleh menyedarkan betapa banyak kekurangan dalam institusi perundangan kita... opps... isu sensitif di sini... namun beliau berani meluahkannya...
  6. http://misi5april2009.blogspot.com/
    • blog ini pun aku jumpa ketika tengah mencari tips-tips dan persediaan untuk majlis perkahwinan aku. sekarang ini, penulis blognya dah bersalin dah.. aku jugak yang tak meletup lagi.. opps... ehehe kat sini sapa yang bakal-bakal naik pelamin, mesti teruja nak baca.. banyak tips dan panduan yang beliau kongsikan. selalunya wanita la yang rajin buat blog hopping kan?.
  7. http://susudalambotol.blogspot.com/
    • yang ni pun antara favor aku... hehe. semualah antara favor aku. isteri kepada Adi Nang n merangkap adik ipar kepada Saiful Nang. banyak tips menarik yang. bakal-bakal ibu, boleh merujuk di blog ini, Hidd ada kongsikan beberapa panduan untuk melahirkan..... 
  • oklah.. sekian dulu dari saya.... dan kenapa aku list 7 je??? suka hati i la nak list 10 ke. 11 ke.. 100 ke... hehehe
selamat berpuasa!

No comments:

Post a Comment

thanks for ur time dear..